Rabu, 16 November 2011

Kehidupan di hujung jari....



Manusia kini semakin bergantung kepada butang di hujung jari untuk menikmati pelbagai kemudahan dalam kehidupan mereka atau menekan butang untuk lebih mudah melakukan pelbagai urusan dan aktiviti.

Ledakan teknologi maklumat dan system komunikasi dengan adanya lebuh raya komunikasi yang  semakin canggih, system menjadi semakin mudah dan menyenangkan.

Kehidupan satelit, radar pengesan dan akhirnya kemudahan jalur lebar merintis kepada penggunaan teknologi luar jangka dan tidak pernah difikirkan.

Dahulu, penjual kerepek perlu bergerak dari rumah ke rumah, demikian juga penjual sayur dan buah terpaksa menjual mengikut kaedah lama yang bukan sahaja memenatkan tapi juga meningkatkan kos dan juga mengambil masa sebelum sampai ke tangan  pengguna.
 
Ini hanya scenario ringkas bagaimana prasarana teknologi maklumat merubah hidup manusia.

Secara mudahnya, kita kelihatan semakin sukar hidup tanpa computer .


Pencipta alat komunikasi seperti Alexander Graham Bell dan Gusliemo Marcono mengasaskan system yang mudah tetapi menjadi asal kepada system yang ada pada hari ini.
  
hp skrg mkin canggih main touch screen je....

Jika dahulu, computer yang kita kenali hanyalah perisian dan perkakasan, hari ini segalanya kelihatan perlu dihadapan mata, computer, Internet, telekomunikasi dan peralatan mudah alih termasuk telefon bimbit, yang menjadi peranti yang mengambil alih fungsi computer.

Kesemuanya, dengan sokongan setelit dan jaringan komunikasi termasuk wayerles ini membentuk satu system teknologi yang umum mengetahuinya sebagai teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT ).
Aplikasi ICT  kini merubah cara hidup kita termasuk berkomunikasi, bekerja, berniaga, mendapatkan pendidikan malah berhibur sekalipun.

ICT  telah menjanjikan segalanya dan merintis lebih banyak penerokaan baru kepada bidang-bidang lain untuk kepentingan ekonomi.

Komunikasi satelit menjadikan perhubungan atau komunikasi semakin canggih dengan penggunaan telefon bimbit system penentu kedudukan global ( GPS ).

Acara sukan yang berlangsung di stadium yang terletak beribu-ribu batu jauhnya kini dapat ditonton di ruang tamu rumah. Malah apa yang sembunyikan dibelakang rumah kini boleh dikesan tanpa mengetahuinya.

Kini, kehidupan hanya di hujung jari..

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan